saudaranya masih lagi melingkor atas katil.
“kalau ikutkan hati nak kene maki mak long nie, nasib baik aku ada lagi perasaan respect kat dia, kalu tak..aku yg kena halau hahahah” iman mengeliat sambil bangun mandi. Selalu beginilah Iman Amani, kalau tak dengar mak long dia membebel pagi2, memang dia tak bangun lah jawabnya. “Iman! Bangun!, bas sekolah tu tak tunggu kau!” herdik mak long bila tengok anak
Sudah menjadi kebiasaanya kesekolah lambat, sikap yang negetif selalu menjadi tabiatnya. Itu sebab telinganya selalu mendengar bebelan, terutama mak longnya yang menjaganya dari kecil.
“Iman! Apalah nak jadi, asyik nak maklong bebel je tiap pagi, letih maklong macam nie. Kau tu dah besar. Nak abis sekolah pun tapi tak pernah nak ubah2 perangai tu! Kesian la kat mak long nie..” wardah meminta simpati, dia sebenarnya tahu kisah silam iman. Dia juga tahu mengapa iman bersikap begini. Baginya perwatakan iman tidak sesuai dengan rupaya. Iman gadis yg punya rupa yang lembut, cantik, mulus tapi sayang setiap bicaranya menjadi racun baginya.
“mak long yang tak reti nak diam! Nak salah iman buat apa? Kalu penat diam! Tak payah nak bazirkan air liur tu, iman tak pernah nak dengar pun.” iman melawan. Baginya dirinya tidak layak dilayan dengan baik, tak perlu diberi nasihat, kerna dia tahu dia memang jahat. Mak long selalu menangis kerananya. Bukan dia taknak berubah tp dia takut..takut ditinggalkan.
“Iman pergi dulu” iman berlalu selepas menyalami tangan maklongnya.
“kenapalah semua nak bebel pada aku, bukannya ak buat salah pun, tak buat homework pun nak bebel. Semuanya tak sayang air liur. Apalah” iman membebel..padahalnya memang salah kalu tak siapkan homework sengaja dia menafikan..memg budak bermasalh.
“iman! Ko tak buat keje rumah lagi la tu, apalah ko nak jadi.” Bebel rina. Kawannya seko nie memg pemanas telinga disekoalh ada sahaja nak dibebel. Agaknya memg tak penat kot membebel nie.
“aku punya sukalah cik rina oi. Aku tak buat homework pun bukan ko yang kene balun ngan cikgu bibah tu. Aku kan??so aku harap ko diam yek..dah bebakul bebel aku dengar utk hari ni jek!” kata iman bila dia terasa telinganya panas dek kerana bebelan rina.
“yelah makcik iman oi,” name sedap tapi mulut macam longkang..” rina membalas, dia paham sudah dengan perangai teman rapatnya ini. Ada je yang tak kena. Pasti telinga dia juga jadi mangsa mulut longkangnya.
“tahu tak pe so pas ni g servis mulut tu, takut herot, sb byk bebel ok?” iman memerli sambil berlalu masuk kekelas.
Pelajar form 5 A1 sudah paham perangai kasar iman. Bukan mulutnya saja yang kasar. Kadang-kadang ada jugak budak lelaki yang jadi mangsanya. Penumbuk tepat ke muka dek kerana mengata iman pengkid! Sekarang hanya budak lelaki yang rasa nak makan penumbuk sahaja berani menyebut perkataan itu dihadapannya.